Monday, July 18, 2016

SEJARAH PILIHAN RAYA

        Pilihan Raya Persekutuan yang pertama di tanah melayu telah diadakan pada 27 Julai 1955.
·         Antara parti yang mengambil bahagian dalam pilihan raya :

  • -          Parti PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO, MIC, MCA
  • -          Parti Negara pimpinan Datuk Onn
  • -          Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) 
  • -          Parti-parti lain seperti Parti Buruh, Parti Kemajuan Rakyat, Pertubuhan Kebangsaan       Perak, dan Pertubuhan Melayu.
·       PERIKATAN memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kerusi yang sebuah lagi dimenangi oleh PAS.
·         Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat adalah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun sekali.

          Kemenangan Parti Perikatan membolehkan kerajaan kemerdekaan penuh pada 31 Ogos 1957

MAKSUD PILIHAN RAYA

     Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanismedemokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undangeksekutifperundangan dan kerajaan tempatan. Di universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar. Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil "psefologi".

PILIHAN RAYA

·         Pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri